Return & Refund Policy
Anda dinasihatkan supaya membaca dengan teliti setiap keterangan produk seperti ukuran, jenis material, warna dan sebagainya yang kami telah nyatakan di dalam keterangan produk. Jika ada yang tidak jelas dengan produk, Anda digalakkan supaya bertanya kami terlebih dahulu jika ada sebarang kemusykilan berkenaan produk dan servis kami supaya semuanya jelas sebelum Anda membuat pembelian
Setiap produk yang dibeli akan melalui proses pemeriksaan kualiti sekali lagi sebelum dibungkus dan dipos kepada pelanggan kami. Kami berusaha memastikan produk yang diposkan kepada Anda adalah dalam keadaan baik dan tiada sebarang defect.
Walaubagaimanapun, sekiranya produk yang diterima ada defect/kerosakan atau tersalah warna/size semasa diterima, sila maklumkan kepada kami dengan segera/dalam tempoh 3 hari dari tarikh produk diterima (berdasarkan tarikh status delivered tracking courier) melalui whatsapp dengan disertakan bukti gambar produk.
Berdasarkan defect/kerosakan kami akan membuat penilaian untuk sebarang penukaran/refund kepada Anda. Kami hanya akan menanggung kos pos untuk penukaran bagi produk yang mengalami kerosakan/defect atau tersalah warna/size dari pihak kami sahaja.
Jika Anda ingin membuat penukaran produk disebabkan ukuran produk tidak sesuai dengan Anda atau ingin menukar ke warna atau design yang lain (Bukan kerana kerosakan/defect atau kesalahan pihak kami). Anda boleh berbuat demikian dalam tempoh 3 hari dari tarikh produk diterima (berdasarkan tarikh status delivered tracking courier) dengan syarat-syarat berikut :-
a) Kami telah membuat penilaian dan telah bersetuju terlebih dahulu untuk membenarkan penukaran yang diminta.
b) Produk, label dan packaging dalam keadaan baik (Tidak dikoyakkan, dirosakkkan atau seumpamanya)
c) Produk dalam keadaan asal – tidak dipakai atau dibasuh. Jika kami dapati produk telah berbau badan/perfume atau telah dibasuh, kami berhak menolak untuk penukaran.
d) Anda perlu menanggung kos pengeposan untuk pemulangan produk kepada kami dan kos pengeposan semula produk yang ditukar kepada Anda.
Anda sekali lagi dinasihati supaya membaca dengan teliti setiap keterangan produk seperti ukuran, jenis material, warna dan sebagainya yang kami telah nyatakan di dalam keterangan produk. Jika ada yang tidak jelas dengan produk ini, Anda digalakkan supaya bertanya kami terlebih dahulu jika ada sebarang kemusykilan berkenaan produk dan servis kami supaya semuanya jelas sebelum Anda membuat pembelian bagi mengelakkan sebarang kesulitan akan datang.