Tudung Labuh Berlengan / Hijab Maxi Sericahaya
Design Kedut / Pleated Keliling Badan
Q : Tudung Labuh Berlengan?
A : Ya, tudung labuh ini ada siap bahagian lengan bercekak/cuff dipergelangan tangan.
Tiada set kain, hanya tudung sahaja. Boleh dipakai bersama baju kurung, jubah, tshirt bersama skirt/palazo dll.
Q : Apa Yang Best Sangat Tudung Labuh Berlengan ni?
A : Tudung labuh berlengan ini sangat best, sangat mudah dipakai, praktikal, memudahkan pergerakan seharian dan boleh dipakai ke mana-mana sahaja dengan selesa.
Antara keistimewaan tudung ini :-
– Boleh terus dibawa solat. Ada pelapik dagu.
– Tudung ini dibuat dengan bidang lebar/luas untuk disesuaikan dengan semua bentuk badan. Size badan dari S hingga XXXL boleh pakai dengan selesa. Bila tudung dibuat dengan bidang lebar ia tak melekap pada badan. Kebanyakan tudung yang melekap pada badan bukan disebabkan oleh kain, tetapi lebih kerana bidang tudung yang sempit dan sendat bila dipakai.
– Labuh belakang tudung menutup punggung
– Sangat sesuai untuk dipakai semasa mengerjakan ibadah Haji dan Umrah juga sebagai tudung telekung untuk di bawa ke masjid / surau.
– Ada jahitan kedut / pleated di keliling badan (bahagian atas dada ke belakang badan). Selain cantik, bahagian kedut/pleated ini dapat membantu melindungi bentuk badan pemakai.
– Bahagian pergelangan tangan berzip
– Mempunyai poket berzip untuk menyimpan barang-barang kecil.
Q : Material kain jenis apa?
A : Kami guna kain Microfibre Dri Fit. Kain yang sama dengan baju sukan / baju jersi seperti jersi bola. Kami pilih kain ini kerana paling sesuai dan selesa dipakai dalam cuaca panas dan sejuk. Kain ini juga tidak perlu digosok dan mudah kering bila dibasuh.
Ciri-ciri Istimewa kain Microfibre Dri Fit ini :-
– Mesra peluh, kain ada liang udara
– Tidak panas, tidak melekap, tidak perlu gosok
– Tidak melekap pada badan bila dipakai
– Mudah kering selepas dibasuh
Tudung ini bukan guna kain Lycra atau kain Moss Crepe seperti yang biasa banyak dalam pasaran. Kami keluarkan dan pasarkan sendiri sahaja. Tiada yang sama di pasaran.
Q : Ada Size Tak?
A : Kami buat 1 size (Free Size) sahaja. Design direka labuh melepasi punggung dan boleh terus dibawa solat. Tudung dibuat bidang lebar/luas untuk disesuaikan dengan semua bentuk badan dari S hingga XXXL, tak melekap pada badan. Labuh belakang menutup pinggul.
Q : Berapa Ukuran Muka?
A : Ukuran lilitan bahagian muka lebih kurang 23 inci. Kami gunakan teknik jahitan yang memeri / stretch di bahagian muka (tidak jahit mati). InsyaAllah sesuai dengan semua raut muka. Selesa dipakai walaupun semasa makan atau semasa menguap 🙂
Q : Ada jual di luar atau ada pengedar tak?
A : Pada masa ini produk Tudung dan Sarung Lengan Sericahaya hanya dijual eksklusif oleh kami sendiri sahaja. Tiada yang sama di pasaran. Jualan secara online dan tiada reseller / dropship. Anda beli direct dari kami.
Jemput follow kami di media sosial berikut :-
Facebook / fb : https://www.facebook.com/TudungSericahaya/
Instagram / IG : https://www.instagram.com/sericahaya_online/
Sekilas maklumbalas dari pelanggan-pelanggan kami yang gembira dengan tudung berlengan ini :-